Saturday 26 March 2016

Pengajian Malaysia DUB1012


                        Pengenalan Ahli Kumpulan


Nurfatini Binti Hasan
16DPR15F2018  


UmiUmairah Binti Mohd Jamil

16DPR15F2016









Ayu Azzalieza Binti Mohd Azlan

16DPR15F2019


Friday 25 March 2016

TOKOH TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN

DATO MAHARAJA LELA






PENGENALAN


Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato? Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato? Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).


Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.


  Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh ( Dato' Bahaman )




PENGENALAN


Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British diSemantan, kawasannya di negeri PahangTanah Melayu.

Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dariBangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. ApabilaHugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandarTemerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkangMelayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
PEJUANGAN
Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.
Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan Raub.
Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,. . . .2 sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor.3 Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.
Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Berikutan dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap.
Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepan.jang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.
Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.







 Dol Said Pahlawan Naning



     
    



PENGENALAN

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.


Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

PEJUANGAN

British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.
Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.
Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua. Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka.
Beliau berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu Naning yang ke sembilan.Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.

British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka.Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.
Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di sokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.







  Mat Kilau - Perjuang Melayu Pahang

 
Pengenalan 

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.


Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.


Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.


Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum


Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.


Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.


Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.


Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.


Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.


Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.


Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.


Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.


Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.


Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.














Sunday 14 February 2016


2.1.3 GERAKAN BERORGANISASI MENENTANG PENDUDUK KOLONIAL
SEMANGAT KEBANGSAAN DAN PERJUANGAN RAKYAT MENJADI LEBIH KETARA APABILA PERJUANGAN INI DISALURKAN MELALUI PERSATUAN-PERSATUAN MEREKA SERTAI. PERJUANGAN MEREKA LEBIH BERSISTEM KERANA DISALURKAN MELALUI ORGANISASI YANG DITUBUHKAN. ANTARA ORGANISASI YANG AKTIF DALAM MENCETUSKAN SEMANGAT PERJUANGAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH.



PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA


 1. KESATUAN MELAYU SINGAPURA(KMS) DITUBUHKAN PADA 1926.
-MEMPUNYAI 3 ORANG TOKOH UTAMA IAITU MOHAMMAD EUNOS ABDULLAH(PENGASAS),TENGKU ABDUL KADIR DAN EMBOK SULOH.
-MALTAMAT IALAH UNTUK MEMPERBAIK KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI ORANG MELAYU SEKALI GUS MEMUPUK KECENDERUNGAN UNTUK BERGIAT DALAM POLITIK
2. PERSAUDARAAN SAHABAT PENA(PASPAM) DITUBUHKAN PADA 1934.
-DIANGGOTAI OLEH GOLONGAN BERPENDIDIKAN MELAYU YANG PRO KAUM MUDA IAITU SYED ALWI,S.M ZAINAL ABIDIN DAN SYEIKH ABDULLAH AL-MAGHRIBI.
-TUJUANNYA ADALAH UNTUK MEMPERBAIK KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI ORANG MELAYU DGN MENGADAKAN PERSIDANGAN-PERSIDANGAN BAGI MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH ORANG MELAYU.


3. PERSATUAN MELAYU PERAK(PMPK) DITUBUHKAN PADA 18 SEPT 1937.
- DIANGGOTAI OLEH KAKITANGAN KERAJAAN IAITU WAN MOHD NUR BIN WAN NASIR DAN S.KASSIM.
-TUJUANNYA ADALAH UTK MELAKSANAKAN DASAR BEKERJASAMA DGN KERAJAAN BRITISH ATAS TUJUAN MENJAGA KEPENTINGAN ORG MELAYU. TARAF PENDIDIKAN DAN EKONOMI ORANG MELAYU BOLEH DIPERBAIKI

4. PERSATUAN MELAYU SELANGOR DITUBUHKAN PADA JUN 1937.
-DIANGGOTAI OLEH TENGKU ISMAIL B.TENGKU MOHD YASIN,RAJA BOT B. RAJA YAHYA DAN RAJA YAACOB B.RAJA ALANG.
-MATLAMATNYA IALAH PERJUANGAN PERSATUAN INI BOLEH DIKATAKAN BERSIFAT SEPARUH POLITIK. PERSATUAN INI BANYAK MEMPERJUANGKAN PELUANG ORANG MELAYU UTK BERKHIDMAT DALAM SEKTOR-SEKTOR KERAJAAN, MEMPERJUANGKAN PENDIDIKAN MELAYU DAN MEMPERJUANGKAN PEMELIHARAAN KEDUDUKAN ORANG MELAYU DALAM PERSAINGAN DENGAN BANGSA PENDATANG.


5. PERSATUAN MELAYU PAHANG DITUBUHKAN PADA MAC 1938.
-DIANGGOTAI OLEH TENGKU MUHAMMAD B. SULTAN AHMAD DAN DATUK HUSSEIN B. MOHD TALIB.
-MATLAMATNYA IALAH UTK MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.

6. PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN DITUBUHKAN PADA 9 SEPT 1938.
- TOKOHNYA IALAH TENGKU MOHAMAD NASIR DAN RAJA NORDIN MOHD TAHIR.
 -TUJUANNYA IALAH MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.

7. PERSATUAN MELAYU KELANTAN DITUBUHKAN PADA 20 APRIL 1939.
-KEANGGOTAANNYA LEBIH KPD GOLONGAN ATAS DAN AHLINYA IALAH NIK MUHAMMAD SALEH OMAR, NIK YAHYA NIK DAUD DAN HJ. OTHMAN TAHIR.
- TUJUANNYA IALAH MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.


8. KONGRES MELAYU SELURUH TANAH MELAYU DAN TEMPOH DITUBUHKAN IALAH 1939 DAN 1940.
-KEANGGOTAANNYA IALAH GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU SELURUH TANAH MELAYU.
-TUJUANNYA IALAH MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA SEPERTI UTK MMAJUKAN PERSATUAN-PERSATUAN YG TERBABIT ITU SENDIRI, MEMBELA NASIB NEGERI-NEGERI MELAYU, MEMPERJUANGKAN PELUANG ORG MELAYU DLM PERKHIDMATAN AWAM DAN MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN ORANG MELAYU KESELURUHANNYA.


9. KESATUAN MELAYU MUDA(KMM) DITUBUHKAN PADA 1938.
-DIANGGOI OLEH GOLONGAN BERPENDIDIKAN MELAYU YANG BERIDEOLOGI RADIKAL IAITU IBRAHIM HAJI YAAKOB, ISHAK HAJI MUHAMMAD, ABDUL KARIM RASHID DAN ISA MOHAMMAD AHMAD BOESTAMAM.
-TUJUANNYA IALAH MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU DAN MEWUJUDKAN MELAYU RAYA(INDONESIA RAYA) DAN MELAKSANAKAN DASAR ANTI-BRITISH.PARTI-PARTI LAIN YANG BOLEH DIANGGAP SEIRINGAN PERJUANGAN DENGAN KMM, PKMM,AWAS DAN PETA.


10. PARTI KOMUNIS MALAYA(PKM) DITUBUHKAN PADA APRIL 1930.
-DIANGGOTAI OLEH SEBAHAGIAN BESARNYA ADALAH ORANG CINA.
-BERMATLAMAT MENUBUHKAN SEBUAH REPUBLIK YANG BERFAHAMAN KOMUNIS DENGAN MENGGULINGKAN KERAJAAN BRITISH.TENTERA ANTI-JEPUN PENDUDUK TANAH MELAYU (MPAJA) TELAH DITUBUHKAN TETAPI BEKERJASAMA DENGAN BRITISH. KEMUDIAN MEMERINTAH TANAH MELAYU SELAMA DUA MINGGU SELEPAS JEPUN BERUNDUR. NAMUN KEMBALINYA BRITISH, PKM BERANSUR-ANSUR HILANG SOKONGAN.

Perjuangan dan Idea Idea Semangat Kebangsaan Melalui Akhbar Atau Majalah

PENGENALAN.
    Semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar, majalah dan penulisan kreatif. Perjuangan semakin berkesan melalui penubuhan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan bangsa.Semangat kebangsaan atau nasionalismebermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.Semangat berjuang menebus maruah bangsa dan  inilah mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada penjajah untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat. Peranan akhbar dan majalah telah memainkan peranan yang penting dalam perjuangan semangat kebangsaan.  
Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena
-     Akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat
-    Sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran kebangsaan
-     Melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat
Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
-     Tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu
-   Akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
-     Melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun
-     Antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
-     Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu- menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian
-     Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
-     Antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura
Objektif Tema:
-     1. Mengenal pasti peranan akhbar dan majalah dalam perjuangan semangat kebangsaan.
-     2. Mengetahui kesan positif perkembangan media cetak terhadap perkembangan semangat kebangsaan.
Contoh akhbar akhbar Melayu
-    Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura
-  Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
    Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
-   Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang
 - Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang
  - Fajar Sarawak (1930) di Sarawak
  -   Akhbar Warta Malaya
-     diterbitkan di Singapura
-     pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar
-     menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu
-     mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan

  •      Akhbar Majlis
-    diterbitkan di Kuala Lumpur
-     pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
-     mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu
-     dianggap akhbar yang berani
      
-     Akhbar Utusan Melayu
-     diterbitkan di Singapura
-     pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
-     menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air
      
  • Tokoh Akhbar Melayu
-     Abdul Rahim Kajai
-     seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan
-     digelar Bapa Kewartawanan Melayu
-     menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu
Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan India
Akhbar Orang Cina
-     Orang Cina terbitkan akhbar
-     Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News
-     Tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan
-     Melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu
-     Juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China
-     Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat CinaPeranakan (Baba dan Nyonya)
-     Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
-     tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
-     tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu
 

  • Akhbar Orang India
  • -    Diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa
-     Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur
-     Melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
-     Juga peristiwa yang berlaku di negara India
-     Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
-     Antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
-     Tahun 1888 akhbar Sekolah Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu
-     Kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
-     Karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan 
-     Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif


    KESAN DAN ISU YANG MEMBANGKITKAN AKHBAR DAN MAJALAH
    
  • Sosial

-    Memajukan  pendidikan  tinggi  orang  melayu.

-     Menggalakkan  pendidikan  untuk  anak  perempuan.

-     Menggalakkan  tabungan  di  kalangan  orang  Melayu  untuk  pendidikan  anak-anak.

-     Meningkatkan  kemahiran  tradisional  orang  Melayu seperti  pertukangan  dan  kerja  tangan.

-     Mementingkan  pendidikan  bahasa  Inggeris  untuk  kemajuan  orang  Melayu.

-     Meminta  taraf  sekolah  Melayu  dibaiki  dengan memberikannya  nilai  ekonomi.

-     Memartabatkan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa rasmi  dalam  pentadbiran  British.
      
-     Mengekalkan  nilai-nilai  baik  masyarakat.

  • EKONOMI

-    Menggalakan  syrikat  kerjasama  supya meningkatkan ekonomi dengan senang.
-     Meminta  British  mengurangkan  kemasukan  orang dagang  kerana  hal  ini mengancam        ekonomi tempatan
-    Menggalakan  perniagaan dalam kalangan orang Melayu.
-     Melarangkan  orang  Melayu  daripada  menjual  tanah  mereka.
-     Menyeru  orang  Melayu  supaya  berjimat  cermat.
-     Meminta  British  mengadakan  kampung  khas Melayu  di  Kuala  Lumpur. 

  • POLITIK

-    Mengkritik  British  kerana mengurangkan kuasa Raja-raja  Melayu.
-     Mengkritik  para  pembesar  dan  Raja-raja Melayu kerana tidak meaksanakan kepimpinan  yang  sewajarnya  untuk  rakyat.

-     Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
-     Menuntut diadakan Malay Administrative Service(M.S.A) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhimatan kerajaan.

-     Menyeru  orang  Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya  bersatu  dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.

-     Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.
Kesimpulan
-   Pada  keseluruhannya  peranan  yang  dimainkan  oleh akhbar dan  majalah  dalam  menggerakkan  kesedaran  kebangsaan dan semangat kebangsaan orang  Melayu  adalah  amat  jelas. Dengan  memuatkan  isu  berkaitan  sosial,  ekonomi  dan politik,  pembaca  mendapat idea baru  dan  pendedahan  yang  banyak  tentang  gerakkan  nasionalisme di  luar  dan di  dalam  negara.  Dengan  ini,  mereka dapat  membandingkan  dan  menilai  kesan  penjajahan  terhadap  kemajuan  ekonomi,  pendidikan,politik dan  juga meningkatkan semangat  kebangsaan  dalam perjuangan  mempertahankan negaranya.
Sekian , terima kasih .