Friday 5 February 2016

Kemunculan Parti-parti Politik Utama Selepas Perang Dunia Kedua

  1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 
  2. 1. Tujuan Untuk menyatukan padukan orang-orang Melayu. 
  3. 2. Ditubuhkan pada 11 Mei 1946. 
  4. 3. Diketuai oleh Dato Onn Jaafar. 
  5. 4. Matlamat Utama Untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. 
  6. 5. Congan kata utama “Hidup Melayu” digunakan untuk menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan mereka serta hak istimewa mereka. 
  7. 6. Dalam perlembagaan UMNO yang baru (1949) tujuan utama yang ditetapkan pada parti ini ialah kerajaan sendiri dan Kemerdekaan Tanah Melayu. 
  8. 7. UMNO menjadi tulang belakang kepada pergerakan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu (31 Ogos 1957).
  9.  
  10. Malayan Indian Congress (MIC) 
  11. 1. Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. 2. Diketuai oleh John Thivy sebagai presiden. 3. Matlamat utama MIC Untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum di Tanah Melayu. 4. Menjadi saluran utama berkerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan politik. 5. MIC menyertai Parti Perikatan yang sebelumnya dianggotai oleh UMNO dan MCA.

  12.  Malayan Chinese Association (MCA) 
  13. 1. Ditubuhkan pada 27 Februari 1949. 2. Diketuai oleh Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama. 3. Matlamat utama MCA Melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu, melindungi masyarakat Cina daripada ancaman pengganas komunis, membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu dan bekerjasam dengan kaum yang lain di Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan.
      Parti Perikatan 
      1. Usaha awal untuk menggabungkan parti berbilang kaum dalam satu ikatan bermula apabila               UMNO dan MCA membentuk pakatan bersama untuk menghadapi pilihan raya Majlis Perbandaran       Kuala Lumpur (1952).  
      2. Pakatan telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. 
      3. Seterusnya, pakatan ini memenangi pilihan raya perbandaran Johor Bharu, Muar dan Melaka.           4. Kejayaan ini mencerminkan bahawa usaha bersama antara kaum dapat menghasilkan kejayaan       bagi kepentingan bersama.    
      5. Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah membentuk parti peringkat kebangsaan                 (1952).
      6. MIC turut menyertai Parti Perikatan (1955).
      7. Parti Perikatan merupakan parti yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. 
      8. Dalam pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parti Perikatan                   memenangi 51 daripada 52 kerusi Dewan Perundangan yang dipertandingkan. 
      9. Kejayaan ini adalah berasaskan sokongan daripada semua kaum di Tanah Melayu, perjuangan         ke arah perpaduan yang mencerminkan aspirasi rakyat dan manifesto parti yang menjanjikan               kemerdekaan yang diinginkan oleh rakyat dalam masa singkat iaitu empat tahun. 
     10. Ini menunjukkan bahawa rakyat berbilang kaum telah memberikan mandat kepada Parti                  Perikatan untuk memperjuangkan Tanah Melayu.

     Parti Malaya Merdeka (IMP) 
    1. Ditubuhkan 16 September 1951. 
    2. Ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar. 
    3. IMP ditubuhkan setelah usahanya untuk menjadikan orang UMNO sebuah parti berbilang kaum         ditolak oleh orang-orang Melayu. 
   4. Walaupun terbuka kepada semua kaum, IMP gagal untuk mendapat keahlian daripada kaum             bukan Melayu.
 
     Rundingan Kemerdekaan
     1. Pilihanraya 1952 Pilihan Raya Perbandaran 
     2. Pilihanraya 1955 Pilihan Raya Pertama (Parti Perikatan Menang) 
     3. Januari 1956 Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berunding dengan Inggeris Turut          sama ialah : 
i) 4 orang wakil Parti Perikatan 
ii) 4 orang wakil Raja Melayu 
iii) Wakil Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu Hasil : Kemerdekaan akan diberikan dengan syarat menubuhkan satu suruhanjaya bagi merangka perlembagaan baru Tanah Melayu.
  1.  4. 1956 Suruhanjaya Reid Ditubuhkan. Suruhanjaya ini mengambil kira pandangan penduduk Tanah Melayu. Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima. 
  2. 5. 8 Februari 1956 Perjanjian London ditandaatangani dan telah menetapkan tarikh kemerdekaan Sekembalinya dari London, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir,Melaka.
  3.  6. 15 Ogos 1957 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan perlembagaan Tanah Melayu setelah menjalani proses pengkajian dan pindaan. Perlembagaan ini berasaskan kepada Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 
  4. 7. 31 0gos 1957 Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Padang Kelab Selangor setelah dilantik sebagai Perdana Menteri. Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong.
  5. 8. Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956. Dipengerusikan oleh Lord Reid (Hakim British), manakala anggotaanggotanya adalah Sir Ivor Jennings (England), Sir William MacKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid ditugaskan merangka satu perlembagaan baru iaitu :
  6.  a) Berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen. 
  7. b) Menjamin kedudukan dan martabat raja-raja Melayu. 
  8. c) Menjaga hak istimewa orang Melayu. 
  9. d) Melindungi kepentingan orang Melayu. Menerima 131 memorandum bertulis yang dihantar orang perseorangan dan parti politik iaitu Memorandum. Perikatan yang mencerminkan tolak ansur antara ketiga-tiga kaum terbesar dan dikenali sebagai Pakatan Murni. Telah bersidang sebanyak 118 kali mulai Jun-Oktober 1956. Pada Februari 1956, pihak suruhanjaya membentangkan satu rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Rang perlembagaan dikemukakan pada februari 1957 untuk perbincangan umum.
  10. CADANGAN SURUHANJAYA REID 
  11. Cadangan yang dibuat Suruhanjaya Reid ialah  Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh seorang Raja. Ketua Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong. Sistem kerajaan demokrasi berparlimen diamalkan. Sistem kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikekalkan. Raja-Raja Melayu kekal sebagai ketua Negeri masing-masing. Pulau Pinang dan Melaka deketuai oleh seorang yang Dipertua. Pilihan Raya umum diadakan setiap lima tahun untuk memilih ahli parlimen. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu mengandungi dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hak istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan.Bahasa Melayu diiktirafkan sebagai Bahasa Kebangsaan.
  12.  8. Pindaan dibuat selepas laporan Suruhanjaya Reid dikaji oleh Parti Perikatan. Memorandum dihantar kepada Suruhanjaya Reid atas tolak ansur antara ketiga-tiga kaum. Pindaan-pindaan tersebut adalah : 
  13. a) Agama Islam diakui sebagai agama rasmi. 
  14. b) Hak istimewa orang Melayu dipertimbangkan atas arahan Yang DiPertuan Agong. 
  15. c) Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh dijdikan bahasa perantaraan di sekolah rendah. 
  16. d) Seseorang tidak boleh memiliki dua kerakyatan pada masa yang sama. e) Sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas hari Kemerdekaan akan menjadi warganegara secara automatik.
  17.  9. Pindaan diterima semua kaum dalam Parti Perikatan. 
  18. 10. Parti MCA dan MIC menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran dan ekonomi. 
  19. 11. UMNO menerima hak orang Cina dan India menjadi warganegara dan bergiat dalam politik. 
  20. 12. Selepas pindaan, perlembagaan ini diperkenalkan oleh Majlis RajaRaja Melayu. 
  21. 13. Majlis Perundangan telah meluluskan rang perlembagaan yang dipinda pada bulan ogos 1957.
  22.  Detik-detik sebelum merdeka 
  23. 1. Tunku Abdul Rahman (KETUA) rombongan pergi ke London untuk berunding dengan Inggeris mengenai kemerdekaan Tanah Melayu Dianggotai oleh: 
  24. - 4 orang wakil Perikatan. 
  25. - 4 orang wakil Raja-raja Melayu. 
  26. - Wakil-wakil kerajaan Inggeris yang tinggal di Tanah Melayu. Wakil Parti Perikatan Wakil Raja-Raja Melayu Tunku Abdul Rahman Datuk Panglima Bukit Gantang Dato'Abdul Razak Dato'Mohd Seth Dr Ismail Abdul Rahman Dato Nik Ahmad Kamil Kolonel H.S Lee Abdul Aziz Majid
  27.  Hasil Rundingan 
  28. 1. Rundingan mencapai kejayaan apabila perjanjian mereka ditandatangani pada 8 Februari 1956 di London. 
  29. 2. Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957. 
  30. 3. Tunku Abdul Rahman isytihar tarikh kemerdekaan dalam perhimpunan di Padang Bandar Hilir,Melaka selepas rombongan ke London. 
  31. 4. Kerajaan British berjanji memberi kemerdekaan dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan bagi Tanah Melayu.
  32.  Malaysia Merdeka 
  33.  Pengisytiharan kemerdekaan dan penurunan bendera Union Jack telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor pada 31 ogos 1957. 
  34.  Penurunan bendera ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu. 
  35.  Pada hari tersebut, Tuanku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.  Ahli jemaah Menteri baru Perseketuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan. 
  36.  Yang-Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

No comments:

Post a Comment