Perjuangan Kemerdekaan
Perjuangan kemerdekaan di negara berkembang secara menyeluruh mulai abad ke-20, ekoran kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyat yang bersandarkan aspek keagamaan,sosial,ekonomi dan politik.Semangat nasionalisme dan perjuangan merdeka ditunjukkan melalui akhbar-akhbar tempatan dan penubuhan persatuan-persatuan.
Perjuangna kemerdekaan ini menjadi lebih serius apabila British memperkenalkan Malayan Union
Perjuangan ini juga memperlihatkan kemunculan pelbagai parti politik selepas Perang Dunia Kedua.
Perjuangan parti-parti pelbagai kaum kemudian menjadi lebih dinamik dengan penubuhan parti PERIKATAN.
Suatu perjuangan yang bersifat perpaduan berbilang kaum ditunjulkan sehingga akhirnya negara mencapai kemerdekaan.
Sebahagian besar para sarjana membahagikan perjuangan dan semangat nasionalisme yang muncul di Tanah Melayu kepada beberapa kategori, iaitu nasionalisme kaum Melayu,Cina dan India
Kebangkitan Semangat Nasionalisme Mengikut Kaum.
1. NASIONALISME MELAYU
TAHAP KEAGAMAAN
- Dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam pada hujung abad ke-19
- Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abdul & penyokongnya "Al-Manar" - - memperjuangkan konsep Pan-Islam (pembebasan agama Islam dari fahaman kuno)
- Perjuangan ini juga dikenali sbg "pembaharuan islam atau gerakan wahabi"
- Mempengaruhi pelajar pelajar Melayu yang dipimpin oleh Sheikh Tahir Jalaluddin & Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi
- Kumpulan mereka digelar sebagai "Kaum Muda" & menerbitkan beberapa buah majalah (Al-Imam, Al-Ikhwan, dan Saudara) dengan tujuan menyebarkan ideologi-ideologi mereka.
- Kaum Muda menyampaikan matlamat perjuangan melalui majalah yang diterbitkan, menggalakkan masyarakat menubuhkan persatuan untuk pembangunan masyaraka, liberalisasi dalam pendidikan agama, kebebasan kaum wanita dan pemodenan.
- Perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan Kaum Tua (golongan elit Melayu tradisional dan ulama)
- Kaum Tua mempunyai fahaman yang lebih konservatif dan agak sukar menerima pembaharuan
- 1920, gerakan nasionalis orang Melayu mula diambil alih oleh golongan yang lebih sekular
TAHAP SOSIOEKONOMI
- Perjuangan lebih bersifat sekular dan tumpuan diberikan kepada kedudukan sosioekonomi orang Melayu
- Konsep Pan-Islamisme semakin kurang dibangkitkan
- dipelopori oleh golongan yang mendapat pendidikan Melayu dan sebahagian golongan elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris
- Kesatuan Melayu Singapura berperanan memastikan orang Melayu tidak ketinggalan memperoleh manfaat pemodenan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
- Golongan yang berpendidikan Melayu menubuhkan Persaudaraan Sahabat Pena ( PASPAM) pada 1934 untuk memperjuangkan pemulihan sosioekonomi masyarakat Melayu.
TAHAP POLITIK
- Wujudnya nasionalisme tahap politik dalam masyarakat Melayu ekoran tekanan dari bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada 1920-an
- Parti parti politik ditubuhkan untuk memperjuangkan konsep "Tanah Melayu untuk Orang Melayu"
- Golongan lebih radikal telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KKM) pada tahun 1938 memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk "Melayu Raya"
2. NASIONALISME CINA
- Perjuangan orang Cina lebih kepada pergolakan politik di negara China kerana ramai dalam kalangan mereka masih menganggap negara China sebagai tanah air mereka.
- Kesedaran politik orang Cina di Tanah Melayu dikenalpasti sejak Perang China-Jepun yang tercetus
- Faktor yang mempengaruhi semangat nasionalisme orang China:
i. Pengisytiharan Gerakan Pembaharuan di negara China yang dikenali sebagai "Rancangan Pembaharuan 100 Hari"
ii. Gerakan Revolusioner yang berlangsung di negara China
iii. Pengaruh Parti Kuomintang dari negara China yang memperjuangkan semangat penyatuan negara China serta pengukuhan negara melalui perindustrian dan pemodenan
iv. Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930 yang bermatlamat menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya
3. NASIONALISME INDIA
- Perjuangan politik orang India di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada pergolakan politik di India. Hanya selepas perang beri tumpuan kepada politik di Tanah Melayu
- Pada peringkat awal, tertumpu kepada pertubuhan bercorak sosial dan kebajikan serta melindungi kepentingan orang India
- Faktor pencetus nasionalisme dalam kalangan orang India:
i. Kegiatan antikolonial dalam kalangan orang Punjabi
ii. Pengaruh parti parti kaum India yang bertujuan membela nasib kaum India
iii. Perjuangan Central Indian Association of Malaya (CIAM)
iv. Masyarakat India di Tanah turut dipengaruhi oleh Gerakan Kebangsaan di India yang dipelopori oleh Mahatma Ghandi
TAHAP SOSIOEKONOMI
- Wujudnya nasionalisme tahap politik dalam masyarakat Melayu ekoran tekanan dari bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada 1920-an
- Wujudnya nasionalisme tahap politik dalam masyarakat Melayu ekoran tekanan dari bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada 1920-an
- Faktor yang mempengaruhi semangat nasionalisme orang China:
- Perjuangan politik orang India di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada pergolakan politik di India. Hanya selepas perang beri tumpuan kepada politik di Tanah Melayu
- Pada peringkat awal, tertumpu kepada pertubuhan bercorak sosial dan kebajikan serta melindungi kepentingan orang India
- Faktor pencetus nasionalisme dalam kalangan orang India:
i. Kegiatan antikolonial dalam kalangan orang Punjabi
ii. Pengaruh parti parti kaum India yang bertujuan membela nasib kaum India
iii. Perjuangan Central Indian Association of Malaya (CIAM)
iv. Masyarakat India di Tanah turut dipengaruhi oleh Gerakan Kebangsaan di India yang dipelopori oleh Mahatma Ghandi
No comments:
Post a Comment